“Hmm sedih betul para pelabur, harapnya harga BTC beri kejutan la masa FOMC nanti.”
Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) menyaksikan kenaikan sedikit tetapi turun semula selepas Biro Statistik Buruh Amerika Syarikat (AS) mengumumkan Indeks Harga Pengguna (CPI) menurun pada 4.0% daripada jangkaannya 4.1% dan April 4.9%.
Pun begitu, Federal Reserve (Fed) mungkin akan menghentikan pendirian hawkish selama setahun, di mana sebelum ini ia menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas setelah inflasi meningkat pada 8.6% seterusnya beri kesan kepada aset berisiko.
Menurut Tim Frost, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yield App berkata bahawa BTC mampu melihat pergerakan tidak menentu semasa Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) esok walaupun harganya dan ekonomi AS tidak beri sebarang reaksi selepas terbitan data CPI.
Tambahnya lagi, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) AS yang mengenakan pertuduhan terhadap Binance dan Coinbase mampu memaksa mahkamah dan pengawal selia untuk menjelaskan sama ada kripto adalah sekuriti, komoditi atau sebaliknya.
Susulan inflasi berkurangan, para pelabur sungguh yakin Fed tidak akan bertindak agresif dalam dasar monetari mereka, oleh itu terdapat kebarangkalian tinggi untuk bank pusat tidak menaikkan kadar faedah pada mesyuarat FOMC seterusnya.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 0.01% pada paras $25,963 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $503 bilion seterusnya mencatatkan penurunan 4.15% sepanjang minggu lepas.
Manakala kripto kedua terbesar Ethereum (ETH) pula melonjak 0.05% pada paras $1,742 dalam masa 24 jam terakhir, tetapi tetap merekodkan penurunan 7.28% sepanjang minggu lepas dan Ripple (XRP) tergelincir sekitar 1.70% pada $0.51 dengan modal pasaran $28 bilion.