Buat yang sentiasa mengikuti atau mengidolakan Warren Buffett pasti tahu beliau akan mengeluarkan surat kepada para pemegang sahamnya setiap tahun.
Apa yang terkandung dalam surat itu? Secara dasarnya, ia adalah laporan tentang prestasi Berkshire Hathaway dalam tahun terakhir, termasuk hasil kewangan dan pelaburan.
Namun apa yang paling mencuri tumpuan adalah saham-saham yang ada dalam portfolionya!
Buffett memiliki lebih 50 saham, tetapi pelaburan tersebut tidaklah pelbagai yang anda fikirkan. Hakikatnya, sebanyak 75% daripada portfolio beliau dilaburkan dalam hanya lima saham ini pada 2022!
- Apple Inc, 41.4%
- Bank of America Corporation, 10.8%
- Chevron, 8.1%
- American Express, 8%
- Coca-cola, 7.1%
Buffett dikatakan telah ‘buy the dip’ saham Apple pada suku keempat dengan memperoleh tambahan 333,856 saham.
Ini menjadikan pegangan terhadap saham Apple nombor 1 dalam portfolio Berkshire mengikut nilai pasaran dan nombor 2 mengikut jumlah saham.
Satu kata dari Buffett adalah pelaburannya bukan berdasarkan pemilihan saham tetapi berdasarkan perniagaan.
Berkshire akan melabur dalam perniagaan yang mempunyai ciri ekonomi menguntungkan yang tahan lama dan boleh dipercayai.
Selain 5 saham tersebut, Buffett turut memegang kepentingan dalam Kraft Heinz, Petroleum Occidental, Nu Holdings, HP dan Paramount Global.
Walaupun pulangan nilai Berkshire Hathaway meningkat dengan sederhana sebanyak sepanjang 12 bulan, ia secara material lebih baik daripada pulangan indeks S&P 500 (termasuk dividen), iaitu -18.1%.
Sejak 1964, jumlah pulangan syarikat itu meningkat 3,787,464% (19.8% setahun) berbanding indeks S&P 500 sebanyak 24,708% (9.9% setahun).
Nak tahu lebih mendalam mengenai pasaran? Jom join komuniti kami! ~Klik sini