Meta Platforms Inc dilaporkan sedang merancang pusingan baru untuk memberhentikan ribuan lagi pekerja bermula pada minggu ini.
Ia dilaporkan oleh Bloomberg News yang memetik kenyataan sumber yang rapat dengan perkara itu.
Menurut laporan tersebut, 13% pekerja yang diberhentikan adalah sebagai sebahagian daripada pelan pemotongan kos utama yang diumumkan pada November lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif, Mark Zuckerberg terdahulu menyatakan bahawa Meta akan memberi tumpuan kepada usaha untuk mengurangkan kos syarikat pada tahun ini dengan mensasarkan 2023 sebagai ‘Tahun Kecekapan’.
Rentetan itu, ia akan membuang projek yang tidak berfungsi atau mungkin tidak lagi penting serta merancang untuk menyingkirkan lapisan pengurusan pertengahan untuk membuat keputusan lebih cepat.
Usaha ini datang pada masa yang mencabar bagi gergasi rangkaian sosial itu setelah melihat kos dan perbelanjaannya melonjak 22% tahun ke tahun kepada $25.8 bilion pada suku keempat, manakala jualan keseluruhan tahun 4% kepada $32 bilion.
Nak tahu lebih mendalam mengenai pasaran kewangan? Jom join komuniti kami! Klik sini.