Hari ini, harga emas dibuka rendah sedikit berbanding semalam iaitu pada sekitar paras $1,980 semasa sesi pembukaan pagi tadi. Harga yang sedikit meningkat kembali meneruskan penurunannya selepas terbitan data inflasi AS malam semalam.
Laporan itu menguatkan lagi pendapat bahawa Federal Reserve (Fed) perlu menetapkan kadar yang lebih tinggi untuk membawa kadar inflasi ke sasaran 2%.
Kadar inflasi AS yang diukur oleh Indeks Harga Pengguna (CPI) meningkat 0.1% pada bulan November yang bertepatan dengan jangkaan pasaran. Inflasi tahunan meningkat sebanyak 3.1% daripada Oktober dan CPI teras naik 0.3% bulanan.
Para trader kini meramalkan Fed akan terus mengekalkan kadar faedah yang tinggi bagi mengawal kenaikan harga pasaran. Buat masa ini, pasaran akan lebih bergantung pada mesyuarat dasar monetari Fed dan ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell.
Fed dijangka akan membiarkan kadar faedah untuk tidak berubah dan terdapat jangkaan berkemungkinan akan berlakunya penurunan sebanyak 80% kadar pada bulan Mei.
Selasa lepas, kerajaan China menekankan kepentingan dasar perindustrian untuk tahun depan. Pihak berkuasa China akan terus mengendali institusi kewangan bagi meningkatkan sokongan untuk inovasi teknologi, transformasi hijau, perniagaan kecil dan ekonomi digital.
Laporan ini telah mengecewakan ramai pelabur yang dalam usaha untuk meningkatkan pertumbuhan di tengah-tengah situasi deflasi China yang semakin teruk.
Pasaran kini akan terus memantau Indeks Harga Pengeluar (PPI) AS menjelang mesyuaratnya pada malam ini. Para trader juga akan mendapatkan petunjuk berdasarkan ucapan Pengerusi Jerome Powell selepas mesyuarat itu.
Jika nada ucapannya itu berbaur ‘hawkish’, ia akan terus memberi tekanan jualan ke atas harga emas.