Aktiviti ekonomi di Eropah terus menunjukkan kelemahan yang ketara selepas data menunjukkan kedua-dua sektor pembuatan dan perkhidmatan mengalami penguncupan pada bulan Ogos.
Ekonomi terbesar Eropah, Jerman mengalami penguncupan paling ketara dalam aktiviti sektor swasta sejak Mei 2020, menyaksikan sektor pembuatan di paras terendah tiga tahun dan perkhidmatan pula buat kali pertama jatuh ke bawah penguncupan ke paras terlemah lapan bulan.
**Angka 50 memisahkan perbezaan antara pengembangan dan penguncupan sesuatu aktiviti. Sekiranya bacaan di atas 50 menunjukkan pengembangan, manakala bawah 50 sebaliknya.
Jumlah aliran masuk pesanan baharu menguncup untuk bulan keempat berturut-turut berikutan kemerosotan berterusan dalam perniagaan eksport baharu.
Selain itu, kadar kos input dan inflasi caj keluaran dalam kedua-dua sektor juga menunjukkan peningkatan buat kali pertama dalam tempoh 11 dan 7 bulan masing-masing.
Keseluruhannya, kedua-dua sektor utama di Zon Eropah mencatat penguncupan pada bulan ini, dengan aktiviti pembuatan dicatatkan sedikit lebih baik daripada jangkaan manakala perkhidmatan pula jatuh ketara.
Selain itu, pasaran sesi Eropah turut diperlihatkan dengan terbitan data PMI dari UK yang menunjukkan aktiviti pembuatan dan perkhidmatan turut jatuh ke dalam penguncupan pada Ogos.
Hal ini secara tidak langsung menunjukkan ekonomi UK mula menerima tekanan daripada aktiviti yang melemah di tengah-tengah kadar faedah yang terus meningkat tinggi bagi membendung inflasi.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.