Harga emas berjaya meneruskan kenaikannya pada paras $2,080 pada sesi pembukaan dagangan Asia pagi tadi. Ia disebabkan oleh kesan daripada pergerakan mata wang dolar AS yang semakin melemah.
Pasaran emas juga dilihat mempunyai potensi lagi untuk teruskan meningkat selepas berlakunya penurunan yang ketara dalam indeks harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi Teras (Core PCE) Amerika Syarikat pada November. Data itu meningkatkan jangkaan pasaran bahawa Federal Reserve (The Fed) akan lakukan pemotongan kadar faedah pada tahun depan.
Situasi pasaran telah menetapkan sasaran dalam pemotongan kadar faedah oleh Fed pada Mac dan Mei selepas dua tahun mereka melaksanakan pengetatan dasar berdasarkan sejarah bank pusat AS.
Selain itu, China pula berhasrat untuk meningkatkan permintaan dalam negeri untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi dan menggalakkan pertumbuhan yang lebih stabil. Perkembangan positif yang dihadapi oleh negara itu mungkin akan meningkatkan harga emas kerana China merupakan pengeluar emas terbesar dunia.
Para trader kini akan memberi tumpuan pada Tuntutan Faedah Pengangguran mingguan AS, Imbangan Dagangan dan laporan Jualan Rumah Belum Selesai untuk November pada hari ini. Walau bagaimanapun, data-data ini mungkin tidak memberi kesan ketara pada pasaran.
Melihat pada perspektif teknikal, harga emas dilihat menunjukkan pergerakan positif dan mampu menembusi paras atas $2,080 lebih tinggi walaupun pasaran menjangkakan itu merupakan kawasan sukar. Ia juga perlu berhati-hati kerana daripada konflik geopolitik yang semakin perlahan akan memberi sebarang kemungkinan tak menentu pada nilai emas.
Ketegangan geopolitik berkemungkinan kekal sebagai pemacu utama sepanjang minggu ini dan merupakan satu-satunya perkara yang menyokong atau menjunamkan paras terkini.