“Bagus bagus, setiap hari ada je firma gergasi yang berminat nak memperkenalkan ETF sendiri.”
DWS Group, pusat kuasa pengurusan aset Jerman memiliki aset bernilai $900 bilion telah bersiap sedia melakukan penerokaan ketara dalam mata wang kripto bagi memperkenalkan dana dagangan bursa (ETF) kepada para pelabur runcit.
Menurut Bjoern Jesch, Ketua Pegawai Pelaburan Global DWS Group berkata bahawa pasukannya mempunyai pendapat berbeza di mana satu puak menolak nilai kripto manakala satu lagi pula mengakui harga semasa Bitcoin (BTC) susulan pelabur sanggup beli aset digital bernilai $35,000.
Terdahulu, pendirian DWS Group sama seperti pengasas Berkshire Hathaway Charlie Munger kerana beliau sebelum ini pernah melabelkan kripto sebagai penipuan disebabkan pasaran kripto yang sentiasa tidak menentu.
Namun, DWS Group yang kini meningkatkan usahanya untuk menyertai pasaran kripto telah memeterai perjanjian bersama Galaxy Digital Holdings pada April 2023 untuk membangunkan satu set ETF disesuaikan untuk pasaran Eropah.
Selain memenuhi keperluan pelabur runcit melalui ETF, DWS Fintech Fund yang ingin mengembangkan perkhidmatannya telah melabur sejumlah besar dana dalam ruang aset digital untuk menunjukkan inisiatif peralihannya.
Memang tidak dinafikan pengenalan ETF kripto adalah salah satu langkah penting ke hadapan untuk penerimaan arus perdana, tetapi perlu diketahui terdapat sebahagian pihak yang masih tidak yakin tentang prospek jangka panjang aset digital.
Jesch turut berkata bahawa data sejarah yang terhad, kekurangan cagaran, rangka kerja ekonomi atau sokongan bank pusat mampu menyebabkan harga BTC jatuh pada sifar mahupun melonjak sehingga $40,000.