“Sebenarnya pergerakan BTC ni mendatar je, harganya tak tahu lagi nak pergi mana.”
Selepas mencapai $27,500, harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) terjun semula di bawah $27,000 apabila para pelabur masih memberi perhatian terhadap perbincangan siling hutang yang sedang berlangsung di Washington.
Bukan itu sahaja, pelabur yang sedang menunggu kejelasan peraturan turut menyebabkan harga BTC jatuh, ulas penganalisis pasaran kanan Oanda Edward Moya sambil menambah mereka akan kurang berminat jika kripto tidak pulih dalam masa terdekat ini.
Sementara lebih $20 juta futures BTC telah dicairkan dalam tempoh empat jam lalu, di mana sebanyak 87% adalah posisi long seterusnya pertaruhan pada harga lebih tinggi.
Ketika berada dalam temu bual, pengarah urusan Ninepoin Partners bernama Alex Tapscott berkata bahawa BTC sejak kebelakangan ini sering kali menunjukkan prestasi seperti saham teknologi berbanding penyimpan nilai.
Ujar Tapscott lagi, semua aset pada tahun lepas dikatakan sangat lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan ramai individu lebih percaya dengan Perbendaharaan AS dan USD daripada aset lain.
Sungguhpun beberapa penganalisis berpandangan perdebatan siling hutang berupaya meningkatkan lagi aset safe-haven seperti BTC dan emas, Tapscott tetap tidak yakin harga BTC dapat melonjak tinggi buat masa ini.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 1.88% pada paras $26,809 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $15 bilion seterusnya tergelincir sekitar 0.29% sepanjang minggu lepas.
Manakala kripto kedua terbesar Ethereum (ETH) pula menyusut 1.25% pada paras $1,789 dalam tempoh 24 jam terakhir namun masih mencatatkan kenaikan 0.57% dalam masa tujuh minggu lepas dan Ripple (XRP) mendaki 3.67% pada $0.46.