“Jauh perjalanannya, mesti makan masa juga untuk harga DOGE cecah $1.”
Sebagai sebahagian daripada usahanya untuk meningkatkan volum dagangan Dogecoin (DOGE) di Binance, bursa gergasi mata wang kripto tersebut telah menambah pasangan dagangan DOGE/TUSDT pada hari Khamis semalam.
Walaupun para pedagang kurang memberi reaksi terhadap penyenaraian pasangan DOGE/TUSD, tindakan Binance itu dikatakan mampu mendorong harga memecoin tersebut untuk menembusi paras $1 pada masa hadapan.
Selain DOGE/TUSDT, Binance yang membuat pengumuman rasmi pada 27 April semalam turut menambah pasangan dagangan USDT/ARS dan WBTC/USDT.
Sejurus selepas membuka tiga dagangan tersebut, Binance dilaporkan bakal membenarkan pasangan dagangan DOGE/TUSD serta WBTC/USDT menyertai Binance Spot Grid.
Dilaporkan juga, Binance mula beralih ke TUSD (TrueUSD) yang kurang dikenali setelah pengawal selia Amerika Syarikat (AS) mengenakan tindakan keras terhadap BUSD, di mana bursa itu kini hanya tawarkan zero-fee trading dalam TUSD.
Suka dimaklumkan bahawa DOGE/USDT di Binance telah menyumbang sebanyak 20% dalam jumlah dagangan manakala volum dagangannya pula 25%.
Rentetan itu, harga DOGE diunjurkan dapat melepasi $1 susulan DOGE/TUSD dijangka akan meningkatkan volum dagangan memecoin tersebut.
Sehingga berita ini ditulis, harga DOGE melonjak sebanyak 0.59% pada paras $0.080 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $11 bilion tetapi tetap mencatatkan penurunan hampir 4.21% sepanjang minggu lepas.