Ekonomi Jepun berkembang lebih kukuh daripada dijangkakan pada suku kedua 2023 apabila nilai mata wang yen yang lemah telah menyokong eksport.
Terbaru, dilaporkan bahawa keluaran dalam negara kasar (KDNK) meningkat sebanyak 6% dalam tempoh tiga bulan hingga Jun.
Angka ini kira-kira dua kali ganda lebih tinggi daripada unjuran pertumbuhan oleh pakar ekonomi dan menandakan pengembangan terbesar dalam hampir tiga tahun.
Bacaan memberangsangkan itu juga melihatkan pengembangan suku tahunan yang lebih sederhana sebanyak 1.5%, mengatasi jangkaan untuk pertumbuhan 0.8%.
Kejatuhan nilai yen telah menjadikan barangan buatan Jepun lebih murah untuk pengguna di seluruh dunia, sekali gus melonjakkan eksport negara.
Eksport melantun semula 3.2% daripada suku sebelumnya yang sebahagian besarnya didorong oleh lonjakan dalam penghantaran kereta, manakala import menjunam 4.3% dalam tempoh tersebut.
Mata wang Jepun telah jatuh mendadak berbanding mata wang utama dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan turun lebih 10% berbanding dolar AS tahun ini.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.