Pemilik Twitter, Elon Musk berkata pada hari Khamis bahawa beliau telah menemui penggantinya untuk menjalankan platform media sosial itu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baru.
Musk membuat pengumuman itu dalam satu tweet di laman Twitternya tetapi tidak segera menamakan eksekutif baharu itu yang akan memulakan tugasnya 6 minggu lagi.
Tambahnya lagi, beliau juga akan mengurangkan penglibatan hariannya di syarikat itu dengan berkhidmat sebagai pengerusi eksekutif dan ketua pegawai teknologi (CTO) dengan pengawasan perubahan produk.
Excited to announce that I’ve hired a new CEO for X/Twitter. She will be starting in ~6 weeks!
My role will transition to being exec chair & CTO, overseeing product, software & sysops.
— Elon Musk (@elonmusk) May 11, 2023
Ekoran daripada itu, harga saham Tesla melonjak kira-kira 2% sejurus selepas tweet tersebut.
Sedia maklum bahawa sebelum ini pelabur dalam beberapa syarikat Musk yang lain termasuk Tesla telah menyatakan kebimbangan bahawa jutawan itu terlalu sibuk dengan Twitter sehingga menjejaskan tanggungjawab lain.
Elon Musk telah melakukan banyak perubahan besar dalam tempoh enam bulan selepas membeli Twitter pada bulan Oktober dengan harga $44 bilion, di mana eksekutif tertinggi syarikat dipecat dan ratusan pekerja diberhentikan.
Di bawah pimpinannya, perniagaan pengiklanan teras Twitter telah menderita apabila banyak syarikat menamatkan kempen promosi berbayar mereka.
Musk cuba menebus kekurangan itu dengan perkhidmatan langganan baharu, Twitter Blue yang menawarkan ciri seperti keupayaan untuk mengarang tweet yang lebih panjang.
Kepada pembaca atau trader Intraday, jangan lupa untuk sertai “Lucky Draw RM3,000” dari SaracenMarkets bulan ini. Untuk info lanjut, boleh whatsapp admin kami. Mana tahu rezeki anda bulan ini. KLIK SINI