Sejak awal November, harga emas menunjukkan aliran penurunan selepas mencapai paras tertinggi $2,009 dan kini didagangkan pada paras $1,944.
Semasa sesi awal dagangan Eropah pada Isnin lepas, harga emas dilihat sedang bergelut untuk mengekalkan kedudukannya, jadi para pelabur pada masa ini akan menantikan dorongan baru daripada terbitan data Indeks harga Pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) pada malam ini.
Menerusi pemerhatian, kadar inflasi bulanan dijangka meningkat sebanyak 0.1% untuk Oktober manakala CPI teras pula dianggarkan kekal pada 0.3%
Berdasarkan data, harga emas terus didagangkan di bawah Exponential Moving Averages (EMA) dalam 50 – 100 jam
(4-hour chart) bagi membantu penjual buat masa sekarang.
Emas kini berada di bawah tekanan disebabkan risiko geopolitik yang semakin pudar dan pasaran kini lebih terarah kepada konflik Israel-Hamas.
Baru-baru ini, pengumuman bernada hawkish oleh Federal Reserve (Fed) telah mendorong harga emas untuk jatuh lebih bawah.
Sebaliknya, data AS menunjukkan kelemahan terutamanya dalam sektor buruh akibat laporan pekerjaan NFP agak lemah daripada anggaran keseluruhan.