Harga emas kini berlegar sekitar paras $1,995 pagi ini pada awal sesi Asia selepas alami penurunan sedikit semalam ke sekitar $1,989.
Laporan sentimen keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) yang optimis menyaksikan hasil perbendaharaan AS dan dolar AS memulih. Harga emas yang tembus melebihi paras $2,000 sejak semalam kini stabil di atas paras $1,990.
Indeks Dolar AS (DXY) berada pada nilai 103.88 berbanding enam mata wang dunia yang lain. Manakala, hasil perbendaharaan AS meningkat pada 4.40% dan memberi kesan kepada pasaran harga emas.
Tinjauan sentimen pengguna Universiti Michigan AS meningkat kepada 61.3 pada bulan November daripada bacaan awal iaitu 60.4. Ia merupakan kejatuhan bulan keempat berturut-turut. Tambahan pula, jangkaan inflasi 1 tahun meningkat kepada 4.5% dan jangkaan inflasi 5-10 tahun stabil pada 3.2%.
Pada Mesyuarat FOMC lepas, minit mesyuarat menunjukkan semua ahli bersetuju untuk meneruskan dasar monetari dengan lebih berhati-hati dan keputusan dasar pada setiap perbincangan akan diteruskan berdasarkan keseluruhan maklumat serta prospek ekonomi.
Para trader XAU/USD masih menunggu data daripada S&P Global Amerika Syarikat pada Jumaat ini sebagai panduan seterusnya. PMI pembuatan diramalkan meningkat 49.8 dan perkhidmatan pula naik kepada 50.4.