Menggembirakan para pelabur emas di awal minggu ini harga emas yang berada di atas paras $2,000 meneruskan lonjakan di sesi dagangan pagi Asia mencapai paras ketinggian terbaru sekitar $2,018.
Situasi ini dilihat kekal dipacu oleh faktor jangkaan Federal Reserve (Fed) yang tidak akan menaikkan lagi kadar faedah pada mesyuarat Disember selain kejatuhan bagi mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) yang berterusan sehingga ke sesi terakhir minggu lalu.
Sementara itu, indeks dolar AS (DXY) merosot ke paras terendah berbanding kumpulan enam mata wang utama sejak September pada nilai 103.40. Secara tidak langsung, ia membuatkan harga emas terus meningkat.
Sektor swasta di AS terus berkembang dengan agak perlahan pada awal November. PMI Komposit Global S&P kekal pada nilai 5.07. Selain itu, PMI pembuatan jatuh kepada 49.4 dan PMI perkhidmatan pula naik sederhana kepada 50.8 daripada bacaan sebelumnya 50.6 di atas konsensus 50.4.
Pasaran kini percaya bahawa Fed akan menetapkan pendirian yang kurang hawkish dan yakin akan mengurangkan kadar faedah pada pertengahan tahun depan bagi mengukuhkan kembali dolar AS.
Minggu ini, para trader emas akan memperhatikan data Gross Domestic Product (GDP) AS pada Rabu dan Personal Consumption Expenditure (PCE) pada Khamis ini.
GDP Amerika Syarikat suku tahun ketiga dijangka berkembang daripada 4.9% kepada 5.0% manakala PCE untuk Oktober dianggarkan menurun daripada 0.4% kepada 0.1%.