Harga emas merosot di tengah-tengah dagangan US dolar yang kembali mencatatkan pemulihan pada hari Khamis.
Sesi Asia menyaksikan logam kuning itu didagangkan susut pada sekitar harga $1,959 per auns, manakala niaga hadapan emas pula turun pada $1,976 per auns.
US dolar kembali bangkit dari paras terendahnya ketika pasaran menantikan terbitan bacaan akhir data keluaran dalam negara kasar (KDNK) Amerika Syarikat.
Ekonomi AS dijangka berkembang sebanyak 2.7% pada suku keempat 2022, tidak berubah daripada ramalan pasaran.
Pada masa yang sama, pengukuhan dalam aset berisiko turut menekan emas, melihatkan indeks utama Wall Street meningkat lebih tinggi pada hari Rabu.
Kebimbangan yang berkurangan terhadap krisis kewangan global, telah mendorong pelabur untuk mengambil risiko untuk pulangan lebih tinggi daripada menyimpan aset safe-haven.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.