Pada pembukaan sesi dagangan pagi tadi, harga emas dilihat pada paras positif dan menunjukkan sedikit kenaikan. Ia berada pada paras sekitar $2,030 dan membuatkan para trader untuk berundur sebentar kerana pergerakannya terlalu aktif mencanak menghampiri paras tertinggi sejak Mei.
Buat masa sekarang, mereka masih lagi menantikan data angka Perbelanjaan Peribadi (PCE) untuk November pada penghujung minggu. Laporan ini merupakan sentimen penting bagi Federal Reserve (Fed) untuk menilai sebahagian petunjuk komponen inflasi tersebut.
Hasilnya mungkin akan terus memberi kesan kepada harga emas kerana ia dapat dapat terus meyakinkan pasaran berkenaan kadar pemotongan faedah oleh The Fed pada 2024.
Sementara itu, ucapan bank pusat yang bernada ‘dovish’ dan hasil perbendaharaan AS yang lemah turut memberi kredit kepada pasaran emas untuk mendaki lebih tinggi. Hasil perbendaharaan AS 2 tahun berlegar-legar sekitar pada paras 4.40% manakala hasil 5 dan 10 tahun turun masing-masing kepada 3.85% dan 3.84%.
Pasaran pada masa ini mempamerkan reaksi pembelian dan berkemungkinan mencetuskan keraguan dalam kalangan peserta pasaran. Rata-rata memilih untuk menilai dan berhati-hati dengan perubahan pasaran.
Jika dilihat pada carta harga, dagangan emas menunjukkan pergerakan menaik sejak Oktober dan menunjukkan bahawa kadar pembelian mendominasi dengan angka yang lebih besar.