Harga emas didagangkan stabil setelah memulihkan beberapa kerugian yang dicatatkan pada minggu lalu, memanfaatkan dagangan US dolar yang lebih lemah.
Pada sesi Asia, spot emas didagangkan pada sekitar harga $2,023 per auns manakala niaga hadapan emas pula diniagakan pada $2,030 per auns.
Terdahulu, logam kuning itu telah susut ketara dari paras tertinggi sepanjang masanya ke sekitar paras $2,000 setelah dikejutkan oleh data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang lebih kuat pada bulan April.
Namun, setelah pelabur menilai data tersebut dan US dolar berundur daripada lonjakan awal, kerugian yang dicatatkan emas kembali berkurang.
Bagaimanapun, pergerakan logam berharga itu kekal terbatas susulan pengukuhan dalam hasil perbendaharaan AS 10 tahun.
Terbitan data inflasi Amerika Syarikat pada hari Rabu akan menjadi tumpuan pelabur seterusnya bagi mendapatkan petunjuk baru mengenai dasar Federal Reserve (Fed) selanjutnya.
Pengerusi Fed Jerome Powell minggu lalu memberitahu bahawa penetapan dasar seterusnya akan bergantung kepada data yang masuk.
Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.