Harga emas pulih sedikit pada awal dagangan Jumaat selepas mengalami kejatuhan berturut-turut pada minggu ini.
Logam kuning itu terhempas rendah ke paras harga $1,885 sebelum melantun semula untuk didagangkan pada sekitar harga $1,893 per auns pada sesi Asia.
Hasil bon AS 10 tahun sedikit susut pada sekitar paras 4.25% selepas mencapai puncak tertinggi baharu sejak Oktober pada 4.32% ketika sesi terdahulu.
Ini memberi sedikit ruang kepada harga emas untuk mengurangkan sedikit kerugian terdahulu.
Walaupun begitu, namun pasaran emas kekal ditekan oleh hasil perbendaharaan AS 10 tahun dan US dolar yang lebih kuat.
Terdahulu, minit mesyuarat FOMC Julai menunjukkan ‘kebanyakan pembuat dasar’ masih melihat risiko menaik yang besar dalam inflasi, tanda-tanda yang mungkin memerlukan lebih banyak kenaikan kadar faedah.
Pelabur kini mengalihkan tumpuan kepada ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di Jackson Hole pada minggu depan (Jumaat 25 Ogos).
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.