Dagangan emas terus terbatas di tengah-tengah kewaspadaan pelabur menjelang terbitan laporan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis nanti.
Pada sesi Asia, emas diniagakan berlegar pada sekitar harga $1,836 per auns, manakala niaga hadapan emas pula didagangkan pada $1,845 per auns.
Bacaan data PMI dari Amerika Syarikat yang lebih kuat daripada jangkaan dilihat gagal mempengaruhi pergerakan emas daripada melakukan penurunan lebih jauh.
Sama seperti US dolar yang tidak terkesan dengan data tersebut, memperlihatkan raja mata wang itu kekal didagangkan berlegar sekitar harga yang sama.
Terbitan minit mesyuarat FOMC akan datang mungkin boleh memberi rangsangan baharu buat emas dan US dolar berikutan jangkaan pelabur bahawa Federal Reserve (Fed) akan terus menaikkan kadar faedahnya untuk memerangi inflasi.
Beralih ke parasan minyak mentah, dagangan Brent susut 1.3% kepada $82 setong, manakala WTI Amerika Syarikat junam 1.5% kepada $76 setong pada sesi sebelum ini.
Ketidakpastian dalam pasaran minyak mentah terus mendorong pergerakan tidak menentu pada kedua-dua penanda aras sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Ini ditambah pula dengan kebimbangan tentang lebih banyak kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve yang boleh menjejaskan permintaan terhadap komoditi itu.
Nak tahu lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom join komuniti kami! ~Klik Sini