Harga emas memulihkan beberapa kerugian yang dicatatkan pada awal minggu dengan didagangkan berlegar di bawah paras harga $2,000 pada sesi Asia.
Ketika penulisan, logam kuning itu didagangkan pada sekitar harga $1,995 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit lebih tinggi pada $2,010 per auns.
Emas sebelum ini merosot rendah, ditekan oleh US dolar yang lebih kuat dan kebangkitan dalam hasil perbendaharaan AS 10 tahun pada 3.40%.
Namun, kegoyahan dagangan greenback pada sesi Asia telah memberi ruang buat logam kuning itu untuk memadamkan sebahagian kerugian terdahulu.
Pelabur kini memberi tumpuan kepada data inflasi Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pada hari Rabu dan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis.
Indeks harga pengguna (CPI) AS diunjurkan meningkat 5.2% pada bulan Mac tahun ke tahun, iaitu susut daripada 6.0% yang dicatatkan pada Februari.
Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.