Dana dagangan bursa (ETF) yang dikhususkan untuk bon perbendaharaan, menyaksikan penurunan kemasukan pelabur terbesar sejak tahun 2020.
Menurut laporan terbaru Bloomberg, lebih $1.8 bilion keluar daripada ETF terbesar perbendaharaan iaitu iShares 20+ Year Treasury Bon ETF pada minggu lepas, yang merupakan pengeluaran paling besar direkodkan sejak Mac 2020.
* iShares 20+ Year Treasury Bon ETF menjejaki keputusan pelaburan indeks yang terdiri daripada bon Perbendaharaan AS dengan baki tempoh matang melebihi 20 tahun.
Harga dana telah jatuh lebih 3% pada minggu sebelumnya dan 1.2% lagi dalam tempoh lima hari yang berakhir pada Jumaat (11 Ogos).
Sentimen terhadap bon long-dated merosot sejak sebulan lalu berikutan jangkaan Federal Reserve (Fed) akan mengekalkan kadar faedah yang tinggi untuk tempoh lebih lama dalam usaha menurunkan inflasi.
Ekoran itu, hasil bon yang mempunyai tempoh matang paling lama telah melonjak tinggi pada minggu lalu, sekali gus melembapkan permintaan terhadap penjualan perbendaharaan 30 tahun.
Penganalisis berpandangan bahawa kejatuhan itu berlaku susulan reaksi tertangguh terhadap penurunan taraf Fitch dan pengumuman Bank of Japan (BOJ) baru-baru ini.
Hasil perbendaharaan 10 dan 30 tahun AS kini berlegar pada sekitar paras tertinggi sejak November.