Dagangan awal minggu kekal menyaksikan US dolar menerajui pasaran dengan momentum pengukuhan yang telah dipaparkan sejak penutup minggu lalu.
Turut menyokong situasi tersebut apabila bacaan data aktiviti perkilangan New York pada bulan April mencatatkan pemulihan untuk kali pertama dalam tempoh 5 minggu.
Penganalisis kekal berpandangan pemulihan yang berlaku pada US dolar ini hanya bersifat sementara dan bakal kembali bergerak lemah semula dalam pasaran menjelang mesyuarat FOMC di awal Mei nanti setelah meneliti petunjuk pada data inflasi yang terbaru.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-usd-terus-pulih-gold-susut-184
Jika diteliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga yang berlegar di bawah paras 1.1000 menyambung corak penurunan sehingga mencecah paras 1.09100.
Pergerakan harga perlahan menyambung dagangan sesi Asia pagi ini (Selasa) di atas zon 1.09000 dengan isyarat kekal bearish buat harga yang berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD.
Jika situasi kekal tidak berubah, harga boleh menyambung lagi penurunan lebih rendah dan menunjukkan pergerakan bearish lebih jelas menuju zon tumpuan pada 1.08000.
Seterusnya, sasaran penurunan harga yang diteruskan dilihat akan menuju pula sekitar 1.07000 untuk rekod terendah harga 4 minggu.
Sebaliknya, jika US dolar kembali melemah semula dalam pasaran, harga bakal meningkat naik semula dan menguji rintangan terhampir pada 1.10000.
Kemudian, kenaikan bakal diteruskan lagi untuk mencapai semula ketinggian yang telah dicapai pada minggu lalu sekitar 1.107000 sebelum harga catatkan paras ketinggian terbaru lagi minggu ini.
Bakal mempengaruhi pergerakan mata wang Euro hari ini, pelabur akan memberi tumpuan pada terbitan data tinjauan ZEW di Jerman sebagai ekonomi terbesar di Eropah.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG