Setelah menghadam terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada Rabu lalu, mata wang US dolar memaparkan pengukuhan pada dagangan yang bersambung di sesi New York Khamis semalam.
Menjadi perhatian semalam adalah pada terbitan data indeks harga pengeluar (PPI) yang berjaya mencatatkan angka pertambahan bulanan yang positif, walaupun sedikit rendah berbanding ramalan.
Sementara, laporan bagi tuntutan faedah pengangguran di AS mencatatkan lonjakan untuk minggu sebelum ini.
Walaupun begitu, US dolar kekal berjaya mengukuh dengan ketara semalam ketika penganalisis pasaran masih melihat Federal Reserve (Fed) sedang menuju ke arah pelonggaran polisi.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/kenapa-usd-kukuh
Ini dapat diperhatikan pada corak harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam yang menunjukkan penurunan diteruskan ke paras lebih rendah.
Setelah melepasi paras dicatatkan minggu lalu, harga telah mencecah ke zon sokongan 1.09000 seperti yang dijangkakan untuk menguji zon penting tersebut.
Harga mula mendatar di zon itu di penutup sesi New York dan kekal perlahan menyambung pembukaan sesi Asia pagi ini (Jumaat).
Isyarat untuk pergerakan harga kekal bearish di mana harga terus bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.
Seperti ramalan sebelum ini, jika penurunan masih diteruskan, harga dilihat akan menuju pula zon sokongan yang berada di lebih rendah iaitu 1.08000.
Jika zon tersebut juga ditembusi, sasaran akan beralih pada 1.07000 dengan pergerakan bearish yang diteruskan oleh harga.
Sebaliknya jika berlaku lonjakan di penghujung minggu ini, paras 1.10000 akan menjadi tumpuan untuk diuji lagi.
Sementara, harga yang melepasi halangan MA50 akan mencetus jangkaan awal untuk perubahan trend pergerakan selanjutnya.
Kenaikan boleh mencapai semula zon rintangan pada 1.10800 yang telah diuji pada minggu-minggu sebelum ini namun masih belum ditembusi.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda dan sertai Lucky Draw RM3,000 SaracenMarkets bulan ini. – KLIK DI SINI – UNTUK PM ADMIN