Emas didagangkan sekitar paras terendah pada hari Khamis susulan minit mesyuarat Federal Reserve (Fed) yang menunjukkan bank pusat itu akan meneruskan kenaikan kadar faedah.
Pada mesyuarat awal bulan ini, bank pusat itu telah memutuskan untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas dan mengatakan akan lebih banyak kenaikan kadar diperlukan untuk kembalikan inflasi kepada sasaran 2%.
Bukan itu sahaja, malah terdapat beberapa pembuat dasar yang memilih kenaikan 50 mata asas, dengan mengatakan peningkatan lebih besar akan membawa bank pusat lebih cepat ke julat sasaran yang diyakini cukup ketat untuk turunkan inflasi.
Ini ternyata meleset daripada jangkaan pasaran bahawa bank pusat itu akan menghentikan kenaikan kadar pada pertengahan tahun ini apabila keputusan mesyuarat dikeluarkan baru-baru ini.
Rentetan daripada itu, logam kuning emas kembali merosot ke sekitar paras terendah 6 minggu di bawah harga $1,830 per auns.
Sesi Asia menyaksikan dagangan emas diniagakan pada $1,828 per auns, manakala niaga hadapan emas pula susut pada $1,836 per auns.
Nak tahu lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom join komuniti kami! ~ Klik sini