Walaupun telah menerima deposit $30 bilion daripada sekumpulan bank besar Amerika Syarikat minggu lalu, isu kecairan First Republic Bank tetap menjadi kebimbangan pelabur.
Lebih memburukkan keadaan adalah tindakan S&P Global yang menurunkan penarafan kreditnya untuk bank itu buat kali kedua dalam tempoh satu minggu.
Ini menyebabkan saham First Republic Bank jatuh 47% pada pembukaan dagangan awal minggu (Isnin) ke paras terendah sepanjang masa.
S&P Global menurunkan taraf bank itu lebih mendalam kepada status ‘junk’ pada hari Ahad dan berkata kemasukan deposit oleh 11 bank besar AS minggu lepas mungkin tidak menyelesaikan masalah kecairannya.
Dalam pada itu, pegawai AS dilaporkan sedang mencari cara untuk mengembangkan sementara perlindungan yang ditawarkan kepada pelanggan bank oleh Federal Deposit Insurance Corp (FDIC) untuk deposit melebihi had semasa $250,000.
Seperti Silicon Valley Bank (SVB) yang runtuh, sebahagian besar pelanggan First Republic memegang lebih daripada jumlah $250,000 yang dijamin oleh insurans persekutuan.
Bagaimanapun, langkah itu mungkin menghadapi halangan politik, memandangkan parti Republikan di Dewan Perwakilan pada hari Isnin berikrar untuk menentang sebarang sambungan perlindungan.
Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.