“Peningnya! Ada kata naik ada yang turun, mana satu ni?”
Kadar pembiayaan raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) mengikut modal pasaran telah mula kembali ke paras normal setelah sebelum ini kenaikan harganya mendorong ramai pedagang membayar yuran lebih tinggi daripada biasa.
Hal ini kerana pedagang ingin mengekalkan positions long dalam tujuh hari terakhir, oleh itu mereka membayar dari 0.19% hingga 0.93% dalam yuran BTC manakala kadar pembiayaan untuk Ethereum (ETH), Solana (SOL) dan Ripple (XRP) turut menjadi normal.
Secara konteks, kadar pembiayaan adalah pembayaran berkala antara pedagang short dan long bertujuan untuk mengekalkan harga kontrak niaga hadapan aset berhampiran harga spotnya.
Manakala kontrak niaga hadapan pula ialah perjanjian untuk membeli ataupun menjual aset pada harga yang dipersetujui terlebih dahulu dengan kontrak tidak mempunyai tarikh tamat tempoh.
Jadi di sini dapat dilihat bahawa kadar pembiayaan mencerminkan sentimen keseluruhan pedagang dan unjuran mereka untuk arah aliran pasaran kripto pada masa hadapan.
Oleh demikian, kadar pembiayaan negatif memberi isyarat kepada pedagang untuk menjangkakan pasaran kripto bakal menyaksikan penurunan, begitu juga kadar pembiayaan positif yang menunjukkan pedagang akan longs.
Suka dimaklumkan kebanyakan pedagang meramalkan BTC bakal berada pada tahap lebih rendah pada masa hadapan, tetapi sesetengah penganalisis berpandangan BTC akan meneruskan aliran menaiknya sungguhpun terdapat pullback baru-baru ini.
Sehingga berita ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 1.14% pada paras $43,539 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $852 bilion seterusnya mencatatkan pendakian 1.95% sepanjang minggu lepas.