Corak penurunan harga mula diperlihatkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam yang berubah daripada pergerakan minggu lalu.
US dolar telah kembali memaparkan pengukuhannya semalam setelah pelabur menanti perubahan tersebut dari minggu lalu ekoran isyarat hawkish oleh Federal Reserve (Fed) terhadap unjuran dasar monetarinya.
Pound pula berisiko pada minggu ini menantikan terbitan data inflasi UK pada awal sesi Eropah sebentar lagi sebelum tumpuan seterusnya akan beralih kepada mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) pada Khamis.
BOE yang dijangka akan menaikkan kadar faedah pada mesyuarat terbaru boleh memberi kesan lanjutan pengukuhan mata wang Pound dalam pasaran.
Namun kini, tekanan dirasai ketika US dolar tampak mendominasi semula sejak semalam.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-tunggu-powell-usd-sudah-bangun-216
Jika diperhatikan, harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD menunjukkan petanda perubahan trend harga bakal bermula di awal minggu.
Penurunan harian sekitar 80 pips dicatatkan pada Selasa semalam hampir menyentuh paras 1.27000.
Zon tersebut dilihat berfungsi sebagai RBS (resistance become support) terbaru dengan lantunan semula harga diperlihatkan sebelum harga ditutup di sekitar 1.27600 di penghujung sesi New York.
Dengan momentum penurunan semalam, harga berkemungkinan menyambung penurunan lagi hari ini dan bakal menguji zon RBS 1.27000 sekali lagi.
Jika berjaya tembus lebih rendah, harga bakal menjejak semula ke zon tumpuan 1.26000 setelah memaparkan pergerakan bearish yang lebih jelas.
Sebaliknya jika harga kembali melantun semula melepasi halangan MA50, harga akan cuba untuk mengatasi ketinggian minggu lalu sebelum menuju sasaran 1.29000.
Mencapai ketinggian itu akan menjadi rekod tertinggi terbaru harga sejak April 2022.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG