Corak bullish harga telah dipaparkan semula pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada pergerakan di awal minggu semalam.
Situasi berlaku didorong oleh penyusutan semula US dolar seperti yang telah dijangkakan penganalisis.
Untuk tempoh pergerakan lebih panjang ke depan, US dolar dijangka akan terus mengalami penyusutan dengan jangkaan Federal Reserve (Fed) akan menamatkan pengetatan dasar monetari mereka.
Sementara, krisis perbankan global masih terus dipantau pelabur di mana sebarang perkembangan terbaru boleh mempengaruhi perubahan arah pasaran.
Untuk mata wang Pound pula, pelabur akan memerhati ucapan oleh Gabenor Bank of England (BOE), Andrew Bailey dalam keterangan mengenai krisis perbankan di London.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-usd-layu-sentimen-risk-on
Meneliti carta GBP/USD, harga yang turun menguji zon RBS (resistance become support) 1.22000 telah melantun semula memaparkan corak kenaikan pada Isnin semalam.
Kenaikan harga telah diteruskan hingga melepasi rintangan pada 1.23000 menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Selasa).
Isyarat bullish harga diteliti susulan harga yang membuat kenaikan turut melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut dan dijangka akan mengatasi ketinggian dicapai minggu lalu.
Jika paras minggu lalu sekitar 1.23400 berjaya diatasi, harga akan kembali mensasarkan semula zon 1.24000 untuk catatkan paras tertinggi terbaru 8 minggu.
Namun, jika berlaku penurunan semula, harga bakal menguji sekali lagi zon RBS 1.22000 dan reaksi harga akan diperhatikan untuk petunjuk pergerakan selanjutnya.
Jika tembus lebih rendah, berkemungkinan harga boleh susut hingga sekitar 1.21000 atau zon tumpuan 1.20000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG