Pergerakan menaik harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD diteruskan lagi pada pembukaan awal minggu semalam.
Situasi serupa seperti minggu lalu, US dolar kekal melemah dan memberi ruang untuk Pound meningkat 3 hari berturut-turut.
Pada sesi New York semalam, data jualan rumah baru Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Oktober diterbitkan dengan angka yang perlahan berbanding ramalan, menambahkan lagi tekanan kepada US dolar.
Memerhati pergerakan harga pada carta GBP/USD, harga berlegar perlahan di paras 1.26000 pada pembukaan sesi Asia semalam setelah lonjakan harga di sesi terakhir minggu lalu berjaya mencapai paras tersebut.
Walaupun perlahan, kenaikan harga masih diteruskan lagi ke paras ketinggian terbaru sekitar 1.26400 sebelum berundur turun ke paras 1.24000 di sesi New York.
Harga melantun kembali menuju penutupan sesi New York dan perlahan di paras rintangan 1.26400 pada sesi Asia pagi ini (Selasa).
Pergerakan harga dijangka akan meneruskan trend bullish yang berada di atas sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.
Kenaikan lebih tinggi dijangkakan untuk harga menuju pula sasaran terbaru pada 1.27000.
Ini akan menjadi paras tertinggi terbaru dicapai harga dalam tempoh dagangan 13 minggu.
Sementara, jika harga kembali bergerak turun di bawah paras 1.26000, ini akan dinilai sebagai isyarat awal perubahan trend bearish.
Harga juga akan mula berada di bawah halangan MA50 sebelum penurunan akan dilanjutkan kembali ke sekitar 1.25000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG