Permintaan terhadap aset safe-haven emas terus meningkat pada awal minggu berikutan kebimbangan pasaran yang meluas terhadap krisis sektor perbankan di AS.
Logam kuning emas melonjak 2.5% pada hari Isnin, membawanya ke paras tertinggi terbaru 6 minggu sehingga harga mencecah $1,914 per auns.
Keuntungan tersebut bagaimanapun sedikit berkurangan pada sesi Asia, menyaksikan harga emas berlegar sekitar harga $1,907 per auns.
Ketidaktentuan yang ditimbulkan oleh krisis Silicon Valley Bank (SVB) dan Signature Bank New York terus meningkat apabila ia merebak ke sektor perbankan Amerika Syarikat lain.
Hal ini menyebabkan pelabur bergegas mendapatkan perlindungan daripada aset safe-haven.
Selain itu, pengukuhan harga emas turut disokong oleh jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) tidak akan melaksanakan kenaikan kadar faedah pada mesyuarat polisi minggu depan.
Pun begitu, keputusan tersebut akan bergantung pada data inflasi AS yang bakal diterbitkan pada sesi New York hari ini untuk dijadikan pertimbangan seterusnya oleh bank pusat.
Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.