Kejatuhan inflasi Amerika Syarikat telah menguatkan lagi jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) menghentikan pengetatan dasarnya, sekali gus memacu lonjakan harga emas lebih tinggi.
Pada sesi Asia, emas diniagakan kukuh pada sekitar paras harga $2,018 per auns, manakala niaga hadapan emas pula lebih tinggi pada $2,030 per auns.
Sebaik sahaja data inflasi dikeluarkan pada sesi New York, logam kuning itu melonjak tinggi ke paras tertinggi hampir satu tahun pada harga $2,028 per auns.
Harga pengguna tahunan AS tanpa dijangka meningkat 5% pada bulan Mac, turun daripada 6% yang dicatatkan pada Februari dan merupakan kenaikan paling kecil sejak Mei 2021.
Ini sekali gus mendorong pasaran meletakkan jangkaan untuk kenaikan kadar sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat polisi akan datang pada bulan depan sebelum menghentikannya.
Minit mesyuarat yang diterbitkan pada awal pagi tadi menunjukkan bahawa beberapa penggubal dasar mempertimbangkan untuk menghentikan kenaikan kadar pada pertemuan Mac.
Namun Fed memutuskan untuk menaikkan kadar 25 mata asas memandangkan kadar inflasi di AS masih lagi tinggi dan jauh dari sasaran 2% bank pusat.
Walaupun emas dijangka bergerak positif ekoran USD yang lemah, namun pelabur perlu bersedia untuk sebarang kejutan oleh Fed.
Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.