Inflasi UK jatuh mendadak pada bulan April susulan penurunan dalam harga tenaga di tengah-tengah kesan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine mula berkurangan.
Terbaru, indeks harga pengguna (CPI) AS dilaporkan meningkat kepada 8.7% tahun ke tahun pada bulan lepas daripada 10.1% yang dicatatkan pada Mac.
Pun begitu, angka yang dicatatkan lebih tinggi daripada yang dijangkakan oleh pasaran untuk menurun kepada 8.2%.
Sementara pada asas bulanan pula, harga pengguna meningkat sebanyak 1.2% melebihi jangkaan untuk menurun 0.8%.
Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) melaporkan penyusutan dalam harga elektrik dan gas telah menjadi penyumbang kepada kejatuhan inflasi tahunan pada bulan lepas.
Selain itu, inflasi teras (tidak termasuk harga makanan dan tenaga) masih lagi lebih tinggi dengan meningkat kepada 6.8% daripada 6.2% sebelumnya.
Walaupun inflasi di UK akhirnya menurun selepas berbulan-bulan mencatat peningkatan dua angka, namun pasaran masih meletakkan jangkaan untuk Bank of England (BOE) melaksanakan satu lagi kenaikan kadar oleh bank pusat.
Reaksi awal mata wang memperlihatkan pound melonjak, sebelum mengurangkan semula keuntungan tersebut untuk didagangkan sekitar harga 1.2440 berbanding US dolar ketika penulisan.