“Pelabur boleh la tengok-tengok dulu macam mana pergerakan harga 3 kripto ini.”
Pada penutup minggu lepas harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) akhirnya berjaya menembusi paras melebihi $30,000 sebelum menyusut semula pada $29,374 dalam tempoh 24 jam lalu yang mencatatkan kerugian 1.67%.
Namun, harga BTC berpotensi untuk melonjak lebih tinggi susulan aset digital tersebut dapat menembusi zon rintangan kuatnya pada $28,660 hingga $29,000, di mana ia sentiasa berlegar-legar pada paras itu sejak dua bulan lalu.
Sekarang, BTC berkemungkinan akan menyusut semula ke paras $29,000 terlebih dahulu untuk meningkat sebanyak 12% sehingga 13% bagi mencapai paras tertinggi seterusnya pada $32,266 ataupun lebih lagi.
Manakala kripto kedua terbesar Ethereum (ETH) pula pada 14 April didapati melonjak tinggi untuk mencapai paras $21,000 setelah sekian lama harganya turun naik antara $1,685 hingga $1,920 pada bulan Mac dan April.
Pun begitu, harga ETH yang pada masa ini berada pada paras $29,353 dijangkakan akan membuat pergerakan mendatar dahulu ataupun menguji semula zon sokongan $1,920 untuk mencanak ke tahap $2,230.
Walau bagaimanapun, jika ETH secara berterusan menurun di bawah $1,920 maka harga aset digital tersebut berupaya untuk tergelincir sehingga ke paras $1,696 atau lebih bawah lagi pada $1,318.
Sementara itu, Ripple (XRP) pada tempoh ini berada dalam momentum mendatar antara paras $0.50 dan $0.52 selepas berjaya menggunung melepasi $0.58 pada akhir bulan Mac, di mana sepanjang dua minggu lalu ia sentiasa melihat pergerakan volatile.
XRP berpotensi untuk mencecah $0.58 mahupun lebih tinggi sekiranya harganya dapat melepasi $0.53 , namun jika aset digital tersebut secara berterusan menurun maka ia boleh menyusut semula pada $0.458.