Sesi pasaran Asia telah dihiasi dengan penerbitan data pekerjaan Australia dan pertumbuhan ekonomi New Zealand.
Pekerjaan Australia kembali menguat pada bulan Februari, menyaksikan kadar pengangguran jatuh semula ke paras terendah sejak Ogos 1974 pada 3.5% daripada 3.7% sebelumnya.
Angka dari Biro Perangkaan Australia juga menunjukkan guna tenaga bersih meningkat 64,000 pada bulan lepas, setelah mencatatkan penurunan sebanyak 10,900 pada Januari.
Pengukuhan ini telah memberi sokongan buat mata wang antipodean dolar Aussie untuk mencatat pemulihan daripada kejatuhan sebelum ini yang disebabkan oleh kebimbangan terhadap krisis Credit Suisse.
Berbeza pula dengan dolar kiwi, mata wang kekal didagangkan rendah selepas diperlihatkan oleh bacaan data keluaran dalam negara kasar (KDNK) New Zealand yang menyuramkan.
Ekonomi New Zealand tanpa dijangka menguncup pada suku keempat 2022 sebanyak 0.6% daripada pertumbuhan 1.7% yang dicatatkan suku sebelumnya.
Hal ini menyebabkan pasaran meletakkan jangkaan bahawa bank pusat New Zealand akan memperlahankan kadar dalam kenaikan kadar faedahnya pada mesyuarat polisi seterusnya.
Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.