Laporan terbaru kripto dalam kalangan institusi ialah institusi perbankan terbesar Hong Kong HSBC telah mula membenarkan pelanggannya membeli dan menjual dana dagangan bursa (ETF) Bitcoin yang disenaraikan di bursa Kong Kong.
ETF kripto yang kini disenaraikan di bursa Hong Kong termasuk CSOP Bitcoin Futures ETF, CSOP Ethereum Futures ETF dan Samsung Bitcoin Futures Active ETF.
Ini juga menjadikan HSBC bank pertama di Hong Kong yang membenarkan pelanggannya membeli produk derivatif kripto. Wartawan kripto popular Colin Wu menyatakan bahawa “langkah itu akan memperluaskan pendedahan pengguna tempatan kepada mata wang kripto di Hong Kong”.
Dalam laporannya, Colin Wu seterusnya menambah: “Pada masa yang sama, HSBC melancarkan Pusat Pendidikan Pelabur Aset Maya, pelabur perlu membaca dan mengesahkan bahan pendidikan dan pendedahan risiko dalam Pusat Pendidikan Pelabur Aset Maya sebelum melabur dalam mana-mana kripto.”
Seperti laporan awal bulan ini, pengawal selia Hong Kong telah menekan bank untuk bekerja dalam penyelarasan dengan firma kripto tempatan. Pihak Berkuasa Kewangan Hong Kong (HKMA) juga mempersoalkan syarikat gergasi seperti HSBC dan Standard Chartered kerana keengganan mereka untuk menerima pelanggan kripto.
Walau bagaimanapun, nampaknya pengawal selia kini telah berjaya meyakinkan bank-bank gergasi untuk menerima pelanggan kripto mereka. Waima begitu hanya sebilangan yang menyahut seruan. Walaupun tiada larangan ke atas mata wang kripto, bank-bank utama tetap enggan memberi khidmat kepada pelanggan kripto kerana kebimbangan mengenai kemungkinan akibat undang-undang jika pelanggan ini terlibat dalam pengubahan wang haram atau aktiviti haram lain melalui platform kripto.