“Maksudnya 1% je yang selamat? Ini tak masuk akal tapi mungkinkah akan terjadi?”
Semasa berbual bersama bekas pegawai Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) John Reed Stark di Twitter, pelabur terkenal Mark Cuban meramalkan 90% syarikat blockchain dan 99% token bakal munsah.
Bagaimanapun, beliau sungguh percaya bahawa mereka yang dapat bertahan dalam menempuhi pelbagai rintangan selepas menyertai pasaran kripto akan menjadi “game changers” dalam teknologi kini yang kian berkembang.
Perbualan antara Stark dan Cuban telah bermula selepas bekas pegawai SEC tersebut berkongsi siaran berhubung pendengaran mahkamah Binance yang baru-baru ini dikenakan tuntutan undang-undang oleh SEC.
Menurut Hakim Daerah AS Amy Berman Jackson, Binance dan pengawal selia harus cuba menemui penyelesaian bersama tanpa campur tangan beliau susulan ia tidak mahu secara langsung memutuskan usul SEC untuk perintah sekatan.
Sebagai tindak balas kepada tweet Stark, peminat mata wang kripto digelar @_someone_els berkata bahawa Hakim Jackson mungkin tidak dapat menentukan kripto manakah yang layak ditakrifkan sebagai sekuriti.
Cuban pula turut memulakan hujahnya dengan mendakwa tidak semua perniagaan kripto yang mempunyai token adalah perusahaan besar susulan terdapat syarikat kecil menghubungi SEC untuk mendapatkan penjelasan dan panduan dalam pendaftaran.
Walaupun Stark menyatakan bahawa blockchain tidak boleh menewaskan pangkalan data tradisional, Cuban menegaskan teknologi sentiasa bertukar dari masa ke masa, oleh itu sesiapa akan bangun semula daripada kejatuhan dialaminya disebabkan blockchain.