“Hmm boleh percaya ke kata-kata CEO Ripple ni?”
Menerusi akaun Twitter miliknya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ripple, Brad Garlinghouse membincangkan pendedahan syarikatnya pada Silicon Valley Bank (SVB) dengan meyakinkan pengikut beliau tentang kestabilan Ripple.
Garlinghouse berkata bahawa perniagaan hariannya tidak akan terjejas di samping memegang majoriti USD dengan rangkaian rakan kongsi bank yang lebih luas.
Walaupun tidak mendedahkan jumlah wang tunai dimiliki syarikatnya dalam SVB, Garlinghouse tetap menegaskan Ripple masih kekal dalam kedudukan kewangan yang kukuh.
Beberapa jam kemudian, Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) umumkan telah menubuhkan program pembiayaan sebanyak $25 bilion untuk bantu bank yang mengalami tekanan kewangan.
Fed juga berkata semua pendeposit SVB akan mempunyai akses pada semua wang mereka mulai 13 Mac 2023.
Sehingga pada masa ini, harga XRP yang diasas Ripple melonjak sebanyak 0.59% mencecah paras $0.36 dalam tempoh 24 jam terakhir selepas terjun hingga ke $0.34.
Sudah sedia maklum XRP telah terlibat dalam pertempuran undang-undang dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) AS sejak dahulu lagi, tetapi Garlinghouse menjangkakan kes tersebut akan diselesaikan pada bulan Jun.