Inflasi di Tokyo terus meningkat lebih jauh daripada sasaran bank pusat ke puncak ketinggian baharu hampir 42 tahun pada bulan Januari.
Harga pengguna teras di ibu negara Jepun yang merupakan petunjuk utama inflasi seluruh negara, meningkat 4.3% pada bulan ini daripada bacaan 3.9% yang disemak semula pada Disember.
Bacaan ini adalah yang paling kukuh direkodkan sejak 1981 dan melebihi anggaran penganalisis untuk meningkat 4.2%.
Angka itu dikeluarkan di tengah-tengah spekulasi yang meningkat bahawa Bank of Japan (BOJ) akan mengubah pendirian dasarnya selepas Gabenor Haruhiko Kuroda menamatkan penggalnya pada April.
Ekoran daripada penerbitan ini, mata wang yen melonjak 0.3% berbanding US dolar dengan diniagakan pada sekitar harga 129.70 pada sesi Asia.
Dalam pada itu, penganalisis melihat kemungkinan bahawa mata wang yen boleh menembusi bawah harga 125.00 berbanding yen berikutang jangkaan perubahan dasar BOJ kekal tinggi.
Pada mesyuarat polisi terbaru minggu lalu, bank pusat itu tidak menawarkan sebarang petunjuk hawkish mengenai hala tuju dasar mereka akan datang, sebaliknya mengekalkan pendirian dasarnya kekal longgar.