Corak bullish harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD masih lagi berjaya dikekalkan pada dagangan pembukaan awal minggu semalam.
Pound bergerak baik pada sesi Asia dan Eropah sebelum US dolar mula menunjukkan pengukuhan menyambung dagangan di sesi New York.
Selain data inflasi Amerika Syarikat (AS), mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) juga akan dinantikan pelabur yang bakal mempengaruhi pergerakan kedua-dua mata wang.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-steady-aud-nzd-kuat
Kenaikan harga berjaya mencapai paras ketinggian terbaru sekitar 1.26680 untuk merekodkan harga paling tinggi dalam tempoh dagangan 1 tahun.
Kemudian harga telah susut semula dan menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Selasa), harga kembali berlegar di zon 1.26000.
Pergerakan harga yang telah berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu membuatkan pelabur waspada sebagai isyarat awal penurunan yang boleh berlaku.
Sekiranya lonjakan berlaku semula dari zon 1.26000, paras ketinggian dicapai semalam berkemungkinan mampu diatasi sebelum rekod terbaru dicatatkan lagi.
Sasaran bagi kenaikan yang diteruskan akan untuk menuju pula pada 1.27000 atau lebih tinggi.
Namun jika penurunan harga tembus zon 1.26000 hari ini dengan tambahan isyarat bearish yang lebih jelas, harga boleh menuju semula zon sokongan sebelum ini pada 1.25000.
Malah, pergerakan bearish yang diteruskan harga boleh mendorong penurunan hingga mencecah sekitar 1.24000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG