“Alamak, maksudnya harapan pelabur untuk harga BTC akan naik masa kelulusan ETF tak menjadilah?’
Penyedia data CryptoQuant menjangkakan acara “sell the news” mungkin tercetus di mana harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) bakal menyaksikan penyusutan ke $32,000 pada bulan depan disebabkan potensi kelulusan spot ETF.
Secara konteks, “sell the news” adalah istilah terkenal dalam pasaran modal susulan menerangkan cara harga aset, leveraj dan sentimen meningkat menjelang peristiwa lonjakan harga hanya untuk ia jatuh tidak lama kemudian.
Hal ini kerana pedagang bijak memanfaatkan perdagangan long, tetapi perlu diketahui ETF yang diluluskan dianggap sebagai peristiwa kenaikan harga kerana ia akan membuka aliran masuk kepada BTC daripada institusi sekali gus mewujudkan tekanan belian.
Memang tidak dinafikan pemegang BTC jangka pendek masih mengalami margin keuntungan tidak direalisasi yang tinggi sebanyak 30%, bagaimanapun mereka masih membelanjakan aset digital tersebut pada keuntungan.
Rentetan BTC meningkat lebih 60% sejak hype ETF bermula beberapa bulan lalu manakala banyak pihak pula menjangkakan spot BTC ETF akan diluluskan pada 10 Januari 2024, pelabur harus bersiap sedia dengan pergerakan volatile yang mungkin akan berlaku agak besar dalam pasaran kripto.
Risiko hari ini adalah jauh lebih tinggi untuk positons BTC yang long berbanding beberapa minggu lalu, ulas Capriole Investment.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 2.68% pada paras $42,354 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $829 bilion seterusnya mencatatkan penurunan 4.08% sepanjang minggu lepas.