“Agaknya boleh ke naik lagi sampai $60?”
Selain volum dagangan mendaki 330%, aset digital OKB yang diasaskan oleh syarikat exchanger mata wang kripto OKX menggunung sehingga melepasi paras $56 sebelum menyusut semula pada $54.04 dalam tempoh 24 jam lalu.
Umum mengetahui kenaikan harga tersebut telah berlaku selepas OKX mengumumkan akan menjual dan tawarkan token SUI melalui platform OKX Jumpstart dalam bentuk loteri peruntukan token pada 23 April.
Namun, para pengguna perlu memegang OKB dari 20 hingga 22 April sekiranya berhasrat untuk memperoleh SUI, di mana bilangan token yang akan tersedia adalah sebanyak 225 juta.
Suka dimaklumkan bahawa kerjasama antara OKX Wallet dan Sui Network dapat membenarkan pengguna mengakses sebarang projek ekosistem Sui termasuk mengambil bahagian dalam airdrop dan insiatif.
Bukan itu sahaja, syarikat exchanger kripto seperti ByBit, KuCoin termasuk OKX yang bakal menyenaraikan SUI akan melancarkan mekanisme langganan dan membolehkan pengguna terpilih beli aset digital itu pada harga sangat rendah.
Pada sisi berbeza, Hong Kong yang bertindak secara agresif untuk berkembang menjadi hab kripto akan menjadi sebab pelabur institusi dari negara itu berpusu-pusu membeli kripto buat kali pertama di platform OKX.
Dalam pada itu, OKX yang baru ditubuhkan di Hong Kong akan memohon lesen pembekal perkhidmatan aset maya (VASP) di bawah Ordinan Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Pengganas (Pindaan) 2022.