US dolar didagangkan sedikit berubah pada sesi Asia setelah mengakhiri dagangan minggu lalu dengan lebih kukuh berbanding pesaing utamanya.
Raja mata wang itu meraih sokongan untuk melonjak tinggi pada minggu lepas walaupun terdapat tanda-tanda inflasi Amerika Syarikat semakin perlahan.
Tumpuan pelabur kini disasarkan kepada ucapan daripada beberapa pembuat dasar Federal Reserve (Fed) pada minggu ini yang turut bakal menyaksikan penampilan Pengerusi Jerome Powell pada hari Jumaat.
Dalam pada itu, ketidakpastian mengenai isu siling hutang (debt ceiling) dilihat terus mempengaruhi sentimen pasaran.
Perbincangan antara Presiden Joe Biden dan penggubal dasar tertinggi mengenai isu tersebut yang sepatutnya berlangsung pada hari Jumaat ditangguhkan kepada hari Selasa.
Susulan pengukuhan US dolar, mata wang yang paling terjejas adalah dolar Aussie dan New Zealand, di mana kiwi merosot rendah selepas data menunjukkan jangkaan inflasi turun kepada 2.79% daripada 3.30% pada suku pertama.
Sementara itu, pelabur dolar Aussie akan memberi fokus kepada terbitan laporan minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) yang bakal menjelaskan keputusan mengejut bank pusat itu baru-baru ini.
Di samping itu, mata wang euro tergelincir lebih jauh ke paras terendah satu bulan setelah ditolak jatuh oleh dagangan US dolar yang lebih kuat.
Selain itu, pound turut menjunam rendah setelah gagal mengekalkan kedudukannya di paras tertinggi satu tahun yang dicapainya minggu lalu.
Perhatian pelabur pound minggu ini akan terarah kepada keluaran data pekerjaan UK pada hari Selasa.
Turut mempamerkan penyusutan adalah dolar Kanada dan yen yang didagangkan lebih rendah berbanding US dolar pada sesi Asia.
Kepada pembaca atau trader Intraday, jangan lupa untuk sertai “Lucky Draw RM3,000” dari SaracenMarkets bulan ini. Untuk info lanjut, boleh whatsapp admin kami. Mana tahu rezeki anda bulan ini. KLIK SINI