Pengukuhan harga emas berterusan pada hari Isnin, menyaksikannya didagangkan menguat pada paras tertinggi 11 bulan susulan lonjakan ketara minggu lalu.
Ketika sesi Asia, emas itu didagangkan meningkat pada sekitar $1,973 per auns, tidak jauh dari paras terkuat $1,988 yang dicapainya pada akhir dagangan Jumaat.
Logam kuning itu telah melonjak sekitar 6.5% pada minggu lalu ekoran kebimbangan terhadap krisis perbankan global, yang merupakan kenaikan terbesar dicatatkan sejak Mac 2020.
Kejatuhan Silicon Valley Bank dan Signature Bank di Amerika Syarikat telah menyerlahkan kelemahan bank disebabkan kenaikan kadar faedah yang tinggi secara mendadak, melihatkan beberapa bank besar lain turut berdepan risiko yang sama.
Ekoran daripada itu, pelabur mendapatkan perlindungan dengan meningkatkan pegangan logam berharga emas sebagai safe-haven.
Turut menyokong pengukuhan harga emas adalah jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) akan melaksanakan kenaikan kadar yang lebih kecil susulan krisis tersebut.
Harga emas kini tidak jauh daripada paras ketinggian sepanjang masa yang disentuhnya pada tahun 2020, iaitu pada $2,074 per auns.
Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.