Pelabur emas berdepan situasi mendebarkan pada sesi terdahulu selepas dipersembahkan dengan pergerakan logam kuning itu yang tidak menentu.
Bermula sesi New York, harga emas melonjak setinggi $1,970 per auns sebelum kembali menyembah bumi ke bawah paras $1,940 per auns.
Sesi Asia hari ini memperlihatkan logam berharga itu kembali stabil untuk didagangkan pada sekitar harga $1,945 per auns.
Junaman dalam harga emas telah didorong oleh hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang kembali mengukuh pada paras tertinggi sejak akhir Mei pada 3.79%.
Ini menyusuli lonjakan dalam hasil bon kerajaan global berikutan lagi satu kejutan kenaikan kadar faedah oleh Bank of Canada (BOC) selepas Reserve Bank of Australia (RBA).
Walaupun ia tidak secara langsung memberi impak kepada jangkaan keputusan Federal Reserve (Fed), tetapi pelabur juga tidak menolak kemungkinan jika bank pusat itu akan mengikuti langkah sama.
Pelabur kini menantikan mesyuarat dasar FOMC dan terbitan data inflasi Amerika Syarikat pada minggu depan.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.