“Mesti banyak orang tak sabar nak guna wallet kripto ni kan.”
Syarikat gergasi teknologi Microsoft sedang berada dalam proses mengusahakan wallet mata wang kripto non-custodial* untuk browser Microsoft Edge sebagai sebahagian daripada usahanya untuk meluaskan pelanggan mereka.
*pengguna mempunyai kawalan ke atas kunci peribadi , yang seterusnya mengawal kripto dan membuktikan dana itu adalah miliknya
Suka dimaklumkan bahawa wallet kripto tersebut dapat diakses pada browser tanpa perlu memuat turun sebarang sambungan (extension).
Bukan itu sahaja, wallet kripto yang dilaksanakan Microsoft turut membenarkan akses kripto dan non-fungible token (NFT).
Ia juga akan menyediakan pelbagai utiliti seperti mewujudkan pengalaman Web3 yang lebih mudah untuk berinteraksi.
Dalam pada itu, wallet non-custodial membawa makna bahawa para pengguna mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas dana mereka, di mana pihak Microsoft sama sekali tidak memiliki akses kepada kata laluan pelanggan.
Sementara ciri wallet tersebut didapati membolehkan pengguna melayari pelbagai pasaran untuk mencari NFT yang berpotensi.
Difahamkan, Microsoft turut mendorong usaha artificial intelligence (AI) bersama ChatGPT secara agresif dengan menggabungkan teknologi dan kripto yang berupaya membuka peluang baharu pada masa hadapan.