“Alaaa sampai bila BTC nak turun, pelabur dah penat nak tunggu harga nak naik ni.”
Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) menyaksikan penurunan selepas Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan Komoditi (CFTC) Amerika Syarikat (AS) menyaman Binance dan Changpeng Zhao (CZ) susulan melanggar peraturan perdagangan aset digital dan derivatif.
Rentetan itu, pasaran kripto telah menganggap tindakan pengawal selia yang agresif terhadap aset digital akan berterusan.
Tindakan yang dikenakan terhadap Binance itu juga berupaya memburukkan lagi keadaan ekoran pasaran kripto pada masa ini telah menghadapi isu liquidity sementara dagangan BTC pada syarikat tersebut menyumbang lebih 80%.
Sebagai rekod, tekanan jualan pada BTC semakin meningkat apabila miners didapati menjual pegangan masing-masing sekitar 1,700 BTC ke syarikat exchanger kripto pada Selasa.
Dalam pada itu, penurunan pegangan BTC oleh miners secara berterusan dapat mencetuskan kejatuhan harga aset digital tersebut, di mana 1,646 BTC baru-baru ini telah dipindahkan dari pool mining Binance ke syarikat berikut.
Menurut penganalisis popular Rekt Capital, BTC berkemungkinan akan mengalami penurunan harga di bawah $25,000 susulan aset digital tersebut sentiasa berlegar pada paras $27,000 hingga $26,500 namun ia juga boleh bertindak sebaliknya jika mempunyai sentimen positif yang kukuh.
Setakat penulisan ini, harga BTC melonjak sebanyak 0.69% didagangkan pada paras $27,291 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $27 bilion tetapi menyaksikan penurunan sekitar 2.78% sepanjang minggu lepas.