“Ingatkan dah naik, rupanya harga BTC lagi turun.”
Sudah sedia maklum pasaran mata wang kripto berada dalam pergerakan tidak menentu apabila para pelabur masih bimbang setelah amaran dikeluarkan oleh Janet Yellen berkenaan siling hutang Amerika Syarikat (AS).
Namun, seluruh pasaran kripto termasuk Bitcoin (BTC) semakin terkesan setelah penerbitan minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) awal pagi tadi menyaksikan sebahagian ahli bank pusat AS ingin menaikkan kadar faedah dan sebahagiannya berpandangan sebaliknya.
Malah, kerajaan AS yang tidak dapat membayar hutangnya ditambah pula dengan ketidaktentuan peraturan kripto telah menjadi salah satu sebab harga BTC dan aset digital lain mengalami kejatuhan drastik.
Menurut Ruslan Lienkha, ketua pasaran YouHodler berkata kebimbangan mengenai default AS, di mana terdapat 10 hari lagi untuk pihak berkuasa mencapai persetujuan telah menjejaskan ekuiti dan aset digital susulan sehingga kini masih tidak melihat sebarang perkembangan dalam rundingan itu.
Pada hari Rabu semalam, harga kripto turut membuat penurunan selepas Indeks Harga Pengguna (CPI) UK terkini meningkat 6.8% pada bulan April, iaitu melebihi jangkaannya pada 6.2% dan titik tertinggi sejak 1992.
Walaupun BTC sejak kebelakangan ini sentiasa ditakrifkan sebagai safe haven sama seperti emas, aset digital itu masih memiliki beberapa kekurangan, ulas pengarang “The Crypto Trader” bernama Glen Goodman.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 4.50% pada paras $25,946 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $502 bilion seterusnya merekodkan penurunan 5.18% sepanjang minggu lepas.
Manakala kripto kedua terbesar Ethereum (ETH) pula tergelincir sekitar 4.30% pada paras $1,771 dengan modal pasaran $213 bilion dan Ripple (XRP) terjun 3.29% pada $0.44, tetapi masih melihat kenaikan 0.24% sepanjang minggu lepas.