Harga minyak didagangkan dalam pergerakan yang terhad pada hari Isnin di tengah-tengah kebimbangan berterusan terhadap inflasi yang tinggi dan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat.
Pada pembukaan sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent sedikit susut pada $82 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula didagangkan berlegar pada $75 setong.
Pendirian Federal Reserve (Fed) yang hawkish kembali menjadi perhatian pada hari Jumaat selepas indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE), meningkat 0.6% bulan lepas daripada 0.2% pada bulan Disember.
Turut menambah tekanan menurun adalah inventori minyak mentah AS yang melonjak ke paras tertinggi sejak Mei 2021 minggu lalu, data daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) menunjukkan.
Pun begitu, berita mengenai rancangan Rusia untuk mengurangkan eskport minyak dari pelabuhan baratnya sehingga 25% pada Mac sedikit membantu meredakan tekanan terhadap komoditi hitam itu.
Pada masa yang sama, peniaga juga menantikan petunjuk baharu mengenai permintaan daripada penerbitan data ekonomi China yang penting minggu ini.
Walaupun pemulihan di China akan memacu permintaan minyak global ke paras tertinggi tahun ini, namun pasaran kekal tidak menentu berikutan faktor-faktor lain.
Nak tahu lebih mendalam mengenai pasaran? Jom join komuniti kami! ~Klik sini