Pergerakan emas sedikit terbantut pada sesi Asia selepas bangkit semula dari paras terendah pada sesi dagangan Selasa.
Terdahulu, logam kuning itu berhasil membuat kenaikan ke paras harga $1,960 per auns pada sesi New York disebabkan penyusutan dalam hasil bon AS 10 tahun dan US dolar.
Namun pada sesi Asia hari ini, dagangan emas kembali terbantut dan mengurangkan keuntungan ke sekitar harga $1,955 per auns berikutan pengukuhan semula US dolar.
Pelabur kini memberi tumpuan kepada data-data ekonomi yang akan diterbitkan minggu ini untuk dijadikan petunjuk kepada penetapan dasar seterusnya oleh Federal Reserve (Fed).
Data keyakinan pengguna Amerika Syarikat yang dikeluarkan pada sesi New York sebelum ini menunjukkan bacaan lebih baik daripada dijangkakan pada bulan Mei.
Menurut CME FedWatch Tool, pelabur kini meletakkan jangkaan 59.6% untuk Fed menaikkan 25 mata asas dan 40.4% untuk kekalkan kadar faedah pada mesyuarat akan datang.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.