Sesi pasaran Asia menyaksikan US dolar didagangkan stabil susulan kejatuhan pada sesi terdahulu disebabkan sentimen pasaran positif yang mengangkat mata wang berisiko lebih tinggi.
Pemangkin utama kepada pasaran semalam adalah data pembuatan China yang paling kukuh dalam tempoh 11 tahun, memacu dagangan dolar New Zealand ke paras tertinggi satu minggu.
Dolar Aussie juga meningkat lebih tinggi tetapi disebabkan data inflasi dan ekonomi Australia yang kurang memberangsangkan, menyebabkan kenaikannya terbatas.
Mata wang euro pula mendapat sokongan daripada anggaran awal inflasi Jerman yang lebih tinggi daripada jangkaan pada bulan Februari.
Sementara itu, kenyataan daripada Gabenor Bank of England (BOE), Andrew Bailey pula mengehadkan keuntungan mata wang pound daripada bergerak lebih tinggi.
Dalam ucapannya semalam, Bailey kelihatan lebih berhati-hati untuk mencadangkan sama ada bank pusat telah selesai dalam meningkatkan kadar, atau perlu melakukan lebih banyak lagi.
Mata wang yen juga meningkat tetapi kembali menghapuskan keuntungan tersebut apabila US dolar kembali meningkat pada sesi New York, dibantu oleh peningkatan hasil bon AS 10 tahun yang mencecah paras 4.00%.
Data PMI pembuatan ISM Amerika Syarikat yang dikeluarkan pada sesi terdahulu, menunjukkan aktiviti perkilangan kekal perlahan pada bulan Februari.
Pada sesi Asia, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam mata wang utama didagangkan pada 104.50, sedikit meningkat dari kejatuhan terendahnya pada 104.10 ketika sesi terdahulu.
Susulan peningkatan yang dipaparkan USD pada awal sesi Asia, mata wang berisiko lain sedikit berundur dari kenaikan sebelum ini.
Nak belajar trade forex bersama Team INTRADAY? Jom sertai program mentoring Hustle 24 Hour kami. Klik di sini untuk join.